Saturday, 12 September 2015

[MINI NOVEL] Lingkar Melodi Ep 1



Lingkar Melodi Ep 1

Laju tangan aku melambai ke arah artis muda yang semakin namanya semakin meningkat naik di Malaysia . Boleh dikatakan hampir setara penyanyi-penyanyi berbakat lain di Malaysia. “Abang Afiq ! Kami kat sini !” ujarku bersuara lebih kuat dari orang-orang di sekitarku. Pantas dia lari-lari anak ke arah aku. “Hah sampai dah pun adik abang ni.” Tangannya lembut menepuk bahu aku. Kelihatan wajahnya sedikit lain dari biasa apabila disolek secara ringkas supaya penampilannya menarik hati lebih ramai peminat. “Okaylah kan, orang tak terlambat pun. Abang bukannya perform lagi pun. Haih … macam mana lah telinga-telinga orang Malaysia ni… dah rosak kot,” ujar aku sambal ketawa kecil. “Hah, adik ni kalau tak kutuk abang tak sah kan. Iye lah ada orang tu kan suara lagi sedap dari kita tapi tak nak tunjuk langsung bakat dia . Lepas tu mengutuk orang,” ujar Rafiq Shazrin. “Eh, kita tak cakap habis lagi ok? Orang-orang Malaysia ni rosak telinga dorang dengar suara abang ni sedap mendayu-dayu sangat ala-ala Anuar Zain gitu!” terkekeh-kekeh aku ketawa melihat wajah Rafiq yang semakin kelat.

Rafiq Shazrin. Nama artis muda yang melonjak naik di Youtube itu , kini semakin mendapat tempat di hati remaja-remaja Malaysia. Malah dengan ‘cover’ lagu Inggeris yang sering dinyanyikan di Youtube, dia juga semakin mendapat tempat di hati peminat antarabangsa juga. ‘Untung jugalah dapat abang famous ni. Bila lagilah aku nak merasa duduk dalam bilik persalinan artis-artis ni.’ Sendirian aku bermonolog sambil hujung bibir mengukir senyuman. Bbaam ! Tersentak aku apabila sebuah majalah terbang dan mendarat di hadapan aku. “Kau siapa?” kasar suara yang bertanya. Setelah beberapa saat minda aku berbolak balik ,perlahan aku angkat wajah yang semakin pucat. ‘Apa ni… tadi abang kata boleh duduk dalam ni suka hati nak buat apa pun…’ Bismillah …

‘Huh?’ Dekat wajah berkulit halus dan mulus ini dihadapan aku. DAVID TUAH ! Pelakon penyanyi yang menjadi pujaan hati setiap wanita di Malaysia ! Di ada dihadapan aku ! Berjarakkan sebatang pembaris pendek! Namun riak wajahnya sungguh berbeda dengan apa yang selalu ditonjolkan di hadapan peminat-peminatnya.  “I said, WHAT ARE YOU DOING HERE?!” nadanya yang semakin tinggi membuatkan perut aku semakin kecut. Dengan pantas aku berdiri dan secara tidak sengaja bahu aku menyinggung dagunya. ‘Ya Allah. Mampus aku!’ kelam kabut tangan aku mencapat tas tangan berjenama Ted Baker dan terus lari. ‘Mana abang ni? Mana abang ni?’ hanya itu persoalan yang timbul di minda aku.

Kelihatan dari belakang pentas, Rafiq Shazrin sedang bermain gitar akustiknya sambil suaranya mendayu menghiburkan hati-hati para peminatnya.

To : abang
Abg , adik balik dulu ok. Ada hal. Nty adik story.

Butang SEND di skrin sesentuh itu perlahan ditekan selepas kaki aku menjejak masuk ke dalam teksi merah milik seorang pakcik India yang agak berusia.  “Uncle, alamat ni,” ujarku sambil menghulurkan cebisan kertas kepadanya. Alamat rumah baru. Masih sukar untuk aku ingat. Dan masih sukar untuk aku biasakan diri. Tetapi, ada sesuatu yang mula mengganggu minda aku. Dia…scarynya…

Deringan lagu Sistar , Shake It mengganggu lamunan aku sedang aku berbaring di atas katilku. Tertera di skrin Iphone6 aku, ‘Abang’.

‘Hmm apa dia…’
“Assalamualaikum dik.”
‘Waalaikummussalam bang.. sorry. Lupa nak bagi salam’
“Malam ni jom lepak jom” suara Rafiq kedengaran riang
‘Malam la bang. Kan dah janji dengan mama tak boleh keluar malam’
“Abang dah call mama. Dia kata pergi lah as long as abang hantar adik balik rumah before 12.”
‘Haih.. percaya sangat mama dekat abang tu’ keluh aku
“Ala, adik ni. Dah nak dekat 12 tahun adik kenal abang pun tak boleh percaya dengan abang ke?”
‘A ah tak boleh percaya. Ada ke abang tinggal adik kat bilik persalinan tu seorang pastu tadi David Tuah tu datang bang. Allah , takutnya’ perlahan bibir aku melepaskan patah-patah kata yang tersimpan.
“Ye ke?” cemas sedikit kedengaran suara Rafiq di hujung talian. “Habis tu dia ada buat apa-apa ke?” sedikit risau mula kedengaran dalam nada suaranya.
‘Takde lah. Cuma sentap ah kena tengking dengan dia tadi.’
“Alahai, sorry lah adik . Abang tak tau kata dia kongsi bilik dengan abang. Hmm mengamuk lagi lah tu si David tu,”
‘Tak pe lah nanti kita story panjang lagi. Kata nak bawak keluar lepak. Adik siap dulu. Bye’

Belum sempat Rafiq menuturkan niat untuk membatalkan rancangannya untuk keluar bersama, talian terlebih dahulu diputuskan oleh Risha. ‘Risha Nur Fitri ni memang macam ni’ keluh Rafiq perlahan. Perlahan minda Rafiq memutarkan kembali kenangan bersama Risha sewaktu pertama kali dia melihat Risha tidur senyap di katil bayi. Rafiq bukanlah abang kandung Risha tetapi dia merupakan anak angkat Dr. Khasidah.

Rafiq merupakan anak susuan Dr. Khasidah. Anak pertama Dr. Khasidah meninggal selepas beberapa hari dilahirkan. Kata doktor, tiada sebab kematian. Semuanya kejadian Allah, mungkin ajalnya sudah tiba. Ketika itu Dr. Khasidah bertemu dengan Rafiq. Ibu kandungan Rafiq meninggal dunia selepas melahirkannya. Takdir.

“Akak, ada satu bayi ni. Saya bukan nak menyinggung perasaan akak atau apa-apa niat buruk. Cumanya , ibu dia meninggal dunia sewaktu melahirkan dia dan takda saudara-mara langsung yang didaftarkan. Mungkin ibu tunggal sebatang kara. Akak nak… ambil tak dia jadi anak susuan akak?” ujar Doktor Nafisah yang juga merawat Dr. Khasidah.

“Boleh akak tengok dia dulu tak Fis?” ujar Dr. Khasidah perlahan. Masih bermuram. Ditemani oleh Dato Rashid , perlahan bayi lelaki , sebelum dikenali sebagai Rafiq diangkat perlahan diletak di pelukan Dr. Khasidah. Kata Dr. Khasidah kepada Rafiq, wajahnya kelihatan bercahaya berseri-seri apabila berada di pelukan Dr. Khasidah. Oleh kerana itu, dia terus didaftarkan sebagai anak angkat dan Dr. Khasidah sendiri yang menyusukannya.

Kelahiran Risya sedikit pun tidak melukakan hati Rafiq seperti mana yang dirisaukan oleh Dr. Khasidah. Malah dia gembira, tidaklah dia bermain berseorang lagi. Hujung bibir Rafiq melengkung mengingatkan kenangan lama. Kini dia tinggal di rumah hasil titik peluhnya sendiri walaupun pada awalnya Dr. Khasidah menentang niatnya.

“Ma, nanti Rafiq kahwin pun Rafiq akan pindah rumah sendiri. Takkan selamanya Rafiq nak duduk bawah ketiak mama yang wangi ni kan,” ujar Rafiq sambil melampirkan wajah manis bersenyumannya.

“Mama risau Risha ni berseorang nanti..” keluh Pn Khasidah perlahan. Butir yang keluar dari celah bibirnya berlainan dengan apa yang tertulis di hatinya. Dia terlalu sayangkan Rafiq.

“Awak ni. Saya ada. Awak pun ada. Risha tu pun nanti kita dah bincang nak hantar dia study dekat uk. Risha sendiri pun dah setuju. Biarlah Rafiq tu berdikari. Dia tu kan lelaki. Nanti dia ada tanggungjawab besar lagi.” Kebenaran dari Patah-patah kata dari Dato Rashid itu perlahan menyusup masuk ke minda Dr. Khasidah. Benar juga…

‘Mana abang ni. Cakap beria-ria macam dah nak sampai sangat depan rumah. Asap kereta pun tak nampak lagi.’ Ujar Risha sambil tangannya laju menaip di pemukaan telefon skrin sesentuhnya. SEND. Tidak sampai beberapa minit, lagu Sistar rancak bermain dari speaker telefon bimbitnya. ‘ABANG’

‘Abang~ dekat mana ni. Adik dah lama tunggu. Lama gilaa…’ walhal baru 5 minit dia keluar duduk di depan taman mini milik Dr Khasidah.
“Ni. Nak dekat sampai dah ni.” Kedengaran suara Rafiq jelas dari corong speaker dan sejurus selepas itu kelihatan Perodua Myvi bersalut ‘Ozzy Orange metallic’ milik Rafiq berhenti di hadapan pagar tinggi milik Villa Khasidah Rasyid. Pantas Risha berlari-lari anak menuju ke arah Rafiq.

“Amboi, pakai macam nak pergi pasar malam ni apa cerita dik?” ujar Rafiq  sambil matanya menilik gaya Risha. Sepasang jeans straight cut berwarna biru muda melekap pada dua belah kaki Risha dan baju-t longgar berwarna kelabu yang dihiasi dengan slogan, ‘Trick and Trust’. Tidak lupa juga kasut Vans fabrik kegemarannya. Rambut perang gelapnya yang ikal pula dibiarkan lepas.

“Hei abang. Orang pergi pasar malam pakai slipper ok!” tegas Risha lembut. Memang itu gaya hariannya. Jeans, baju-T dan kasut Vans. “Abang, kita nak pergi mana ni?” masih mulut Risha yang petah bertutur disebelah Rafiq. “Diorang kata nak jumpa dekat gerai tepi Maybank tu. Makan roti jala.” Pendek Rafiq membalas sambil matanya terus melekat ke arah jalan raya. Dibesarkan dalam keluarga yang mewah, Rafiq dan Risha tidak diajar untuk membazir. Ada kadangkalanya , Dato Rashid akan bawa mereka satu keluarga makan di restoran-restoran kecil. Kata Dato Rashid, ‘kalau tempat tu bersih, penyediaan dia pun bersih, orang dia pun baik, then apa salahnya nak makan dekat tempat tu.’

“Woi! Mesej! Mesej!” tersentak Risha dengan ringtone mesej Rafiq. “Abang guna benda ni jadi ringtone mesej abang,” terkekeh-kekeh Risha ketawa. Dahulu, dia sengaja tukarkan ringtone Rafiq dengan rekod suaranya bertujuan untuk memalukan Rafiq. Rupa-rupanya sampai sekarang Rafiq masih belum menukar ringtone itu. “A ah. Abang dah sebarkan dekat kawan-kawan abang dah pon ringtone ni. Siap jual lagi satu RM1,” balas Rafiq. Terbeliak mata Risha mendengar kenyataan Rafiq. “What?!?! Abang jual?” kepalanya pantas ditolehkan kearah Rafiq yang masih kelihatan tenang memandu di sebelahnya. “Abang, abang tolonglah jangan jual. Malulah adik macam ni. Jangan cakap Zai, Remy semua ada benda ni?” masih kalut Risha disebelah Rafiq. Sudah terbayang muka rakan-rakan Rafiq terutamanya Zairazi tersengih ketawa menyakatnya. “Tak ada lah adik. Abang seorang saja yang exclusive ada ringtone ni. Orang lain tak ada. Ni sajalah pengubat rindu abang dekat adik sepanjang adik belajar dekat Surrey tu.” Ujar Rafiq lembut. ‘Aishh, abang ni buat feeling feeling pulak,’ tersentuh sedikit hati Risha mendengar luahan ikhlas Rafiq.

“Hah. Tak payah nak feel sangat sorang-sorang. Baca kejap mesej tu,” pantas Rafiq mematikan ‘feel’ Risha.

From: Zai Gila
Fiq sorry. Kita tukar tempat jumpa boleh tak. Jumpa dekat Pavi. Ada KEKANGAN besar punya ni

Kekangan? Pantas minda Rafiq berfikir. ‘Selalunya kalau Zairazi guna bahasa melayu betul ni maksudnya memang ada somethinglah ni. Lepas tu, tukar pergi Pavi pulak tu. Hmmm.’ Pantas dia menukar hala tuju Myvi miliknya ke arah Pavi Shopping Mall. “Abang, Zai ni kenapa pulak nak jumpa dekat Pavi. Mereng dah ke?” soal Risha pulak. Risha juga sangat maklum dengan gaya hidup Zairazi. Ibu bapanya dua-dua berstatus tinggi. Malah mereka juga dikenali oleh orang-orang kenamaan. Namun, Zairazi hidup seperti Risha dan Rafiq juga. Bersederhana. Dan gila. Sedikit.

Setiba sahaja di tempat parkir kereta, lagu Inggeris bersuarakan Matt Nathanson berkumandang dari Iphone6 milik Rafiq. “Assalamualaikum Zai. Kau kat mana ni? Kenapa tiba-tiba pulak nak jumpa dekat Pavi ni?” laju sahaja butir-butir kata berbentuk soalan dilemparkan kepada Zai yang berada di hujung talian. “What?” nada Rafiq kedengaran sedikit kuat dari biasa. Terkejut. Lantas Rafiq berpaling ke arah Risha. ‘Matilah aku. Macam mana nak bagitahu dekat adik ni,’ . Risha pula sibuk membetulkan ikatan tali kasutnya dan sama sekali masih tidak perasan dengan air muka Rafiq yang sudah mula berubah sedikit keruh. “Zai, tak bestlah macam ni. Aku balik dulu lah.” Ujar Rafiq perlahan, mengelak dari suraranya didengari Risha.

‘Kau jangan pulak tinggal aku sorang-sorang dengan mamat ni. Dah la tadi Remy bila dengar nama dia pun dah give up nak datang. Ini kau pun nak tinggal aku ke. Kata member.’ Zai berbisik perlahan, risau juga suaranya didengari oleh pihak yang ketiga itu. “Fine… Fine… aku datang. Kau tunggu sekejap. Dalam 5 minit lagi aku sampai dengan makwe kau ni. Bersiap dia kemain lagi.”ujar Rafiq sambil dia berjalan ke arah Risha yang kelihatan masih membetulkan penampilannya. ‘Itulah.. Siapa suruh pakai macam tu..’

“Adik, cepatlah. Lenguh dah kaki abang ni…” rayu Rafiq. ‘Hai, baru berapa minit je aku betul-betulkan baju kasut semua,’ perlahan Risha bermonolog sambil berpaling ke arah Rafiq. “Iyelah… jom jom.” Risha hanya mengiakan sahaja permintaan Rafiq. Kalau bertelagah dengan dia pasti pelbagai fakta dan auta bakal dikeluarkan oleh Rafiq.

Zairazi tidak senang duduk apabila kata-kata Rafiq kembali terngiang-ngiang di gegendang telinganya. ‘Aku balik dulu lah,’ Please… please … Fiq kau kena datang juga. Matilah aku nanti...


Assalamualaikum :D kekeekke scary nya first time post mini novel ni... Ni first mini novel yang dah lama berhabuk duduk dalam laptop cik Stag ni. Akhirnya dah dipublickan dekat internet. Segala yang ditulis ni hanya imaginasi semata-mata original dari otak dan jiwa saya. Please jangan copy paste suka-suka hati buat jadi awak punya novel. Haram weh haram. InsyaAllah episod 2 akan diupdate secepat mungkin. Btw sesiapa pro nak buat aka nak taja cover mini novel ni sila email saya , farihinhyoire@hotmail.com . TQ .












No comments:

Post a Comment